Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

#KitaFaham Keperluan Anda untuk Berhubung

Pada 19 Ogos 2009, Tune Talk Sdn Bhd telah ditubuhkan secara rasmi dan kini merupakan MVNO yang paling cepat berkembang di Malaysia. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi gaya hidup digital, matlamat kami adalah untuk menyediakan pakej mudah alih bernilai hebat serta menawarkan insentif menarik dan penyelesaian digital yang inovatif dalam kehidupan seharian.

Perubahan teknologi yang berkembang telah meluaskan saluran pengedaran kami dan memberi kami peluang yang lebih besar untuk menjadikan produk kami lebih mudah diakses. Tune Talk dimiliki oleh Tune Group dan Celcom Axiata Berhad. Sebahagian daripada Tune Group, syarikat kami mempunyai kelebihan untuk bekerjasama dengan syarikat di bawah Capital A Berhad seperti airasia, airasia Ride, Tune Protect dan lain untuk menyediakan produk menarik dan ganjaran yang besar.

#KitaFaham dengan mengoptimumkan pengalaman pengguna dan menyesuaikan diri dengan perubahan tingkah laku mereka adalah kunci utama untuk memastikan kepuasan pelanggan dalam era yang mengutamakan alat mudah alih ini. Pada tahun 2020, kami berjaya mencapai 1 juta pengguna aktif dan bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

collaboration-with-the-celcom

Kerjasama bersama CelcomDigi

Sejak menandatangani perjanjian dengan Celcom (Malaysia) pada Disember 2008, usaha kami dalam industri Mobile Virtual Network Operator (MVNO) telah dipertingkatkan lagi dengan liputan luas CelcomDigi di seluruh negara.

Kerjasama kami dengan CelcomDigi mempamerkan usaha gabungan terbaik penyedia telekom terulung negara dengan sebuah MVNO untuk memacu inovasi dan merevolusikan industri mudah alih negara.

Tune Talk adalah hasil dedikasi dan kerja keras selama bertahun-tahun. Kami bercita-cita untuk menjadi MVNO ASEAN dan sedang berusaha keras untuk mencapainya.

Sebagai sebuah syarikat MVNO, model perniagaan kami membolehkan kami menumpukan tenaga untuk meningkatkan kualiti produk, pemasaran dan perkhidmatan pelanggan kami tanpa membina dan mengekalkan rangkaian selular penuh.

Ini membolehkan kami mengekalkan pelaburan modal yang rendah supaya kami boleh menumpukan pada perkhidmatan kadar panggilan rendah dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang hebat kepada pelanggan kami.

Tune Talk adalah Penyedia Perkhidmatan Rangkaian (Peribadi) dan Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (Kategori) berlesen yang diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

CEO

Mesej daripada CEO

Mesej daripada
CEO

Di Tune Talk, kami percaya bahawa mengoptimumkan pengalaman pengguna adalah kunci untuk memastikan kepuasan pelanggan. Kami komited untuk menyediakan solusi digital yang inovatif dan lancar yang menyediakan ketersambungan terbaik serta menaik tarafkan gaya hidup anda. Bersama-sama, kami berhasrat untuk menerokai peluang baharu dan berkembang hari demi hari.

Ameen Amaendran