Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

06 Nov, 2024 🛠 Penyelenggaraan Berjadual dari 14 Okt untuk Perkhidmatan Lebih Baik 😊 Info Lanjut

Pengembara

Apakah itu SIM Traveller?

SIM Traveller ialah kad SIM perantauan yang sedia digunakan pada bila-bila masa di lebih 14 negara seluruh dunia.

Siapakah yang layak untuk dapatkan pek SIM Traveller ini?

Untuk warganegara Malaysia dengan MyKad dan bukan warganegara dengan pasport yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Apakah yang ditawarkan oleh SIM Traveller?
Pek RED PACK BLACK PACK
Harga RM35 RM70
Kuota Data 4GB Data Berkelajuan Tinggi 4GB Data Berkelajuan Tinggi
Negara
8 Negara
  1. Singapore
  2. Thailand
  3. Indonesia
  4. Hong Kong SAR
  5. Macao SAR
  6. Vietnam
  7. Taiwan
  8. Cambodia
6 Negara
  1. China
  2. Australia
  3. New Zealand
  4. Japan
  5. South Korea
  6. Philippines
Hotspot Dikongsi dengan 4GB Kuota Internet Asas Dikongsi dengan 4GB Kuota Internet Asas
Tempoh Sah 7 Hari 7 Hari
Bolehkah saya terus menggunakan SIM Traveller selepas tamat tempoh sah?

Setelah tamat tempoh sah, anda tidak akan dapat menggunakan SIM tersebut lagi. Walau bagaimanapun, anda boleh dapatkan SIM tambahan lebih awal.

Bolehkah saya menggunakan SIM Traveller saya di negara lain jika saya masih mempunyai baki kuota data?

Anda boleh menggunakan SIM Traveller jika negara yang anda kunjungi tersenarai dalam pek SIM Traveller dan masih dalam tempoh sah.

Red Pack: Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong SAR, Macao SAR, Vietnam, Taiwan dan Kemboja.

Black Pack: China, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan Filipina

*Nota: Sekiranya anda mengembara ke negara lain yang tidak tersenarai dalam pek SIM Traveller, anda perlu dapatkan pek SIM Traveller yang lain.

Bagaimanakah cara untuk menggunakan SIM Traveller?
  1. Masukkan kad SIM ke dalam peranti
  2. Hidupkan “Data Roaming
  3. Mulakan semula peranti anda dan tunggu 2-5 minit untuk pengaktifan SIM
  4. Peranti anda akan disambungkan ke rangkaian perantauan yang disokong.
Apakah yang perlu saya lakukan jika SIM saya tidak dapat mengakses Internet?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui WhatsApp di 60105008080 atau e-mel ke wifi@tunetalk.com untuk bantuan. Anda boleh hubungi kami 24 jam setiap hari.